1 - The Rule Of Thirds ( Peraturan Sepertiga )

Nikon D700, 20mm,
30sec, F/5.6, ISO 400,
Matrix Metering, White Balance Auto,
Lokasi : Wang Kelian, Perlis



Nikon D700, 20mm,
Aperture Priority, 1/8sec, F/11, ISO 200,
SB900 TTL-BL Fill in Flash,
Matrix Metering, White Balance Auto,
Lokasi : Putrajaya

Teknik komposisi yang perlu digunakan untuk meningkatkan foto anda. Sebelum Klik !
Terdapat banyak teknik untuk belajar apabila anda berminat dalam fotografi dan salah satu kaedah utama bagi meningkatkan foto dengan adalah dengan teknik komposisi. Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.
Walaupun sesetengah orang memanggilnya sebagai 'peraturan atau undang-undang' tetapi sebenarnya dalam fotografi terdapat banyak pekara di sekitar anda yang boleh dijadikan pilihan yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar (samada memasukkan elemen komposisi atau mengabaikannya). Komposisi membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain. Sudah jelas kelihatan teknik komposisi seperti ini, berguna bagi mereka yang baru atau lama berkecimpung dalam fotografi.

- Melihat komposisi dari sudut yang berbeza
- Pendekatan untuk menghasilkan imej yang profesional
- Mengasah bakat dan menajamkan penglihatan
- Menghubungkan subjek dengan pencipta
- Penceritaan adalah sangat penting ...................
- Seni melihat dari mata – secara langsung
- Seni melihat menerusi fikiran anda – melalui perancangan
- Seni melihat melalui hati – menyelami perasaan

Untuk menggambarkan kaedah ini dalam fotografi, ia memerlukan pendekatan yang mendalam yang akan dibincangkan semasa latihan praktikal. Kaedah penerangan teknikal peralatan canggih datang daripada anda, tetapi seni dalam fotografi adalah terlalu unik dan memerlukan pendekatan yang halus.

_________________________________________________________________________________


1. The Rule Of Thirds

Nikon D700, Tamron 28~300mm,
Aperture Priority,
1/25sec, F/22, ISO 200,
Matrix Metering, White Balance Auto,
Lokasi : Taman Tasik Taiping







Meletakkan subjek utama dalam garis-garis yang bersilang sahaja. Walau bagaimanapun subjek utama boleh di mana-mana kecuali di bahagian tengah.
Walaupun tiada subjek pada titik persilangan, selagi masih terdapat 3 bahagian, masih
dianggap Rule Of Thirds.
Nikon D700, 20mm,
30sec, F/5.6, ISO 400,
Matrix Metering, White Balance Auto,
Lokasi : Wang Kelian, Perlis




Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority, 1/1000sec, F/11, ISO 400,
Matrix Metering, White Balance Shade,
Haida 0.9 Gradual ND Filter.
Lokasi : Putrajaya






1) Apakah Peraturan Sepertiga?

Anda mungkin telah terjumpa dengan Peraturan Sepertiga. Pernah melihat garis-garis "mengganggu" pengelihatan anda, mendatar dan menegak pada skrin LCD kamera anda?
Pada asasnya Peraturan Sepertiga adalah gambaran garisan mendatar dan menegak yang dibahagikan sama rata kepada tiga bahagian.





2) Meletakkan Subjek Utama

Secara semulajadi mungkin meletakkan pusat utama di tengah-tengah skrin. Peraturan Sepertiga memberitahu kita untuk meletakkan subjek utama di mana garisan bersilang atau bahagian tepi sedikit, ditandakan dengan titik-titik merah. Ia dirujuk kepada “Point of Interest”



*picture here with courtesy by Mr. Robin
Lokasi : Pulau Denawan, Semporna, Sabah


Nikon D700, Tamron 28~300mm,
Aperture Priority, 1/250sec, F/8, ISO 800,
Matrix Metering, White Balance Shade,
Cokin Tobacco Filter,
Lokasi : Tasik Timah Tasoh, Perlis






Nikon D700, Tamron 28~300mm,
Aperture Priority, 1/250sec, F/8, ISO 800,
Matrix Metering, White Balance Auto,
Lokasi : Arau, Perlis




Konsep meletakkan elemen dan subjek utama pada Point of Interest akan mewujudkan gambar yangl ebih seimbang menjadi tarikan, melapangkan fikiran dan mudah difahami.


Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority, 1/30sec, F/16, ISO 200,
Matrix Metering, White Balance Shade,
Cokin Tobacco Filter,
Lokasi : Putrajaya





Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority, 1/500sec, F/8,
Matrix Metering +0.3 step, White Balance Auto,
B+W Circular Polarizing Filter,
Lokasi : Pulau Gusungan, Semporna, Sabah


RULE OF THIRDS
Apabila diperkatakan bahawa gambar yang hebat, ia bergantung kepada pencahayaan dan komposisi, bukannya  peralatan kamera mahal. Disini kita akan memperbincangkan teknik komposisi yang dipanggil Peraturan Sepertiga (Rule of Thirds). Ia adalah satu peraturan yang amat mudah untuk difahami kerana boleh mengubah foto yang membosankan menjadi sesuatu yang lebih menarik dan visual menyenangkan.
Peraturan Sepertiga adalah satu garis panduan mudah untuk membantu anda menghasilkan gambar yang lebih cenderung untuk kelihatan menakjubkan berdasarkan bagaimana anda mengarang dan merangkakan subjek anda.
Namun begitu, saya ingin tekankan bahawa Peraturan Sepertiga adalah garis panduan, dan bukannya peraturan mesti ikut dalam menghasikan gambar yang baik. Kadang-kadang, melanggar peraturan fotografi juga boleh menghasilkan beberapa gambar yang menakjubkan.
Asas komposisi ini lebih kepada kedudukan subjek (bahan penceritaan sesebuah foto) yang perlu berada 1/3 dari keseluruhan bingkai foto kita. Caranya kita perlu membahagikan 1/3 bahagian melintang juga menegak dan subjek perlu berada di garis pertemuan samada sebelah kiri atas atau bawah ataupun kanan atas atau bawah. Subjek boleh berada di mana-mana titik persilangan tetapi tiada syarat subjek mesti berada tepat di 1/3. TIDAK PERLU gunakan pembaris untuk mengukur kedudukan subjek dengan tepat, memadai anggaran 1/3 dari keseluruhan bingkai foto.




Leica C (Typ 112)
1/1300sec, F/2.8
ISO 1600, White Balance Auto,
Lokasi : Pantai Bagan Nakhoda Omar



Bila perlu gunakan Rule of Thirds ? Ia boleh digunakan bila-bila masa dan untuk semua kaedah fotografi samada lanskap, panorama, potret, makro, jurnalis, sukan dan lain-lainnya. Perlu difahami juga, ianya asas sahaja dalam memperelok komposisi, dan kita perlu terikat dengan asas ini pada setiap masa. Komposisi ini amat membantu menyerlahkan hasil karya secara keseluruhannya.


SOALAN LAZIM

Kenapa RO3 perlu ini dipatuhi ?

1) Fakta saintifik~Mengikut kajian Optomatik, mata manusia secara amnya lebih cenderung untuk melihat kedudukan sesuatu subjek pada kedudukan 1/3 dari keseluruhan bingkai gambar. Dengan itu subjek bagi penceritaan akan lebih terfokus pada kedudukan RO3. Mata akan memerhati subjek dan faham akan kisah di sebalik foto berkenaan.

2) Faktor keluasan lanskap~Apabila kita mengambil foto lanskap, panorama, seperti pemandangan
lautan membiru, sawah menghijau, gunung ganang dan lainnya, kita ingin ia kelihatan seluas mata memandang. Kedudukan subjek yang berada di tengah-tengah akan mengganggu pemandangan lanskap kita dan kelihatan sempit panoramanya. Pemandangan latar belakang akan kelihatan sempit dilindungi oleh subjek kita.

Kesimpulannya tiada syarat wajib untuk subjek berada pada RO3. Cukuplah difahami bahawa RO3
membantu memperelokkan komposisi foto yang diambil. Boleh sahaja ianya disusun semula atau dipelbagaikan (Break the Rule), asalkan kita faham tujuan karya itu dihasilkan juga bantuan prinsip-prinsip fotografi yang membantunya seperti  Balancing Factor, Symmetrical & Repetition, Golden Mean dan lainnya. INGAT, setiap karya ada kisahnya dan ianya terlahir dari hasil idea kita.


Nikon D700, 70~300mm,
Aperture Priority, 1/100sec, F/11, +0.7 EV,
ISO 800, White Balance Shade, Cokin Sunset 2 & Haida GND 0.9,
Manfrotto Tripod, Matrix Metering,
Lokasi: Pantai Kelanang, Morib




Nama Pertandingan: World Mangrove Day Photography Awards
Nikon D700, 20mm, Aperture Priority, 1/30sec, F/8,
ISO 800, White Balance Auto, Matrix Metering,
Manfrotto Tripod,
Singh Ray Gold & Blue Polarizer,
Lokasi: Pantai Kelanang, Morib

















Ulasan

Catatan Popular