8 - Foreground


Teknik komposisi yang perlu digunakan untuk meningkatkan foto anda.
Sebelum Klik !
Terdapat banyak teknik untuk belajar apabila anda berminat dalam fotografi dan salah satu kaedah utama bagi meningkatkan foto dengan adalah dengan teknik komposisi. Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.
Walaupun sesetengah orang memanggilnya sebagai 'peraturan atau undang-undang' tetapi sebenarnya dalam fotografi terdapat banyak pekara di sekitar anda yang boleh dijadikan pilihan yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar (samada memasukkan elemen komposisi atau mengabaikannya). Komposisi membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain. Sudah jelas kelihatan teknik komposisi seperti ini, berguna bagi mereka yang baru atau lama berkecimpung dalam fotografi.

- Melihat komposisi dari sudut yang berbeza
- Pendekatan untuk menghasilkan imej yang profesional
- Mengasah bakat dan menajamkan penglihatan
- Menghubungkan subjek dengan pencipta
- Penceritaan adalah sangat penting ...................
- Seni melihat dari mata – secara langsung
- Seni melihat menerusi fikiran anda – melalui perancangan
- Seni melihat melalui hati – menyelami perasaan
Untuk menggambarkan kaedah ini dalam fotografi, ia memerlukan pendekatan yang mendalam yang akan dibincangkan semasa latihan praktikal. Kaedah penerangan teknikal peralatan canggih datang daripada anda, tetapi seni dalam fotografi adalah terlalu unik dan memerlukan pendekatan yang halus.


Latar hadapan, di bahagian bawah, dimasukkan sedikit bagi menampakan kesan 3 dimensi.

11 - Foreground
Nikon  D700, 20mm,
30sec, F/8, ISO 400, Matrix Metering,
Filter Haida Gradual ND 0.9,
Flash SB900 ¼ Power Ratio, WB Auto





"Panorama Malaysia" 1st Prize,
Nama Pertandingan: Lensa Meletup! Pancaindera/Mingguan Malaysia 2013,
Lokasi Gambar: Putrajaya,
Nikon D700, 20mm, Aperture Priority, 1/2sec, F/16, ISO 800
Matrix Metering, +0.3EV, WB Shade, Cokin Sunset Filter



Posted by Sawlihim Photostream
hp : +6 0136043241
email : sawlihim@gmail.com
sawlihim@yahoo.com
















Ulasan

Catatan Popular