3 - Symmetrical / Repetition


Teknik komposisi yang perlu digunakan untuk meningkatkan foto anda.
Sebelum Klik !
Terdapat banyak teknik untuk belajar apabila anda berminat dalam fotografi dan salah satu kaedah utama bagi meningkatkan foto dengan adalah dengan teknik komposisi. Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.
Walaupun sesetengah orang memanggilnya sebagai 'peraturan atau undang-undang' tetapi sebenarnya dalam fotografi terdapat banyak pekara di sekitar anda yang boleh dijadikan pilihan yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar (samada memasukkan elemen komposisi atau mengabaikannya). Komposisi membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain. Sudah jelas kelihatan teknik komposisi seperti ini, berguna bagi mereka yang baru atau lama berkecimpung dalam fotografi.

- Melihat komposisi dari sudut yang berbeza
- Pendekatan untuk menghasilkan imej yang profesional
- Mengasah bakat dan menajamkan penglihatan
- Menghubungkan subjek dengan pencipta
- Penceritaan adalah sangat penting ...................
- Seni melihat dari mata – secara langsung
- Seni melihat menerusi fikiran anda – melalui perancangan
- Seni melihat melalui hati – menyelami perasaan

Untuk menggambarkan kaedah ini dalam fotografi, ia memerlukan pendekatan yang mendalam yang akan dibincangkan semasa latihan praktikal. Kaedah penerangan teknikal peralatan canggih datang daripada anda, tetapi seni dalam fotografi adalah terlalu unik dan memerlukan pendekatan yang halus.

4 – Symmetrical / Repetition
Nikon  D700, 20mm,
1/30sec, F/16, ISO 1000,
Matrix Metering, WB Shade,
Haida Gradual ND 0.9 Filter,
Location : Putrajaya



Bayang-bayang objek di dalam air atau cermin, dibahagikan atau berpecah kepada dua, gerakan yang sama, segerak atau objek seragam dan berulang kali.

Asas komposisi sebelum ini  menekankan penggunaan Rule of Thirds, maka asas Symmetrical / Repetition ini membolehkan kita bebas dari terikat dengan Rule of Third.
Syaratnya setiap benda perlu sama kiri dan kanan atau atas dan bawah, maka ia adalah Symmetrical / Repetition. Foto diambil kelihatan sama rata, sama berat seperti pantulan cermin atau
duplikasi. Maka setiap foto yang diambil telah mememenuhi syarat komposisi ini.

Tiada syarat wajib komposisi ini mesti sama 100% kiri dan kanan memadailah ianya kelihatan hampir sama kerana asasnya kita ingin menonjolkan ianya Symmetrical / Repetition.
Kesimpulannya, Symmetrical / Repetition boleh apa sahaja dan tidak perlu diukur tepat sepenuh nya untuk menghasilkannya. Ianya tetap mengerlahkan hasil karya foto kita apabila kita melihat suasana dan keadaan persekitarannya

1st Prize, Malaysian Environment Week 2015,
Lokasi: Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,
Nikon D700, Tamron 90mm MACRO, Aperture Priority, 1/160sec, F/6.3, ISO 640,
Matrix Metering, +0.7 EV, WB Auto



Nikon D700, 20mm,
61sec, F/5.6
ISO 3200, WB Auto, RAW file,
Lokasi : Sky Mirror, Kuala Selangor


Oppo F7
1/646sec, F/1.8, ISO 41





Hari ini, Symmetrical / Repetition sangat popular di kalangan jurugambar yang serius, yang bergantung pada semua jenis objek reflektif untuk kesan yang menakjubkan, seperti:

tingkap kereta
bumbung kereta
bangunan yang dinding berkilat
tasik yang tenang
lopak air  selepas hujan
cermin kereta
skrin telefon pintar
atau sebarang benda yang ada kesan reflektif

Sungguh, apabila bercakap tentang fotografi refleksi, satu-satunya had ialah imaginasi dan kepintaran anda. Sesetengah jurugambar membawa botol air untuk membuat lopak air, cermin dan kepingan plastic Akrilik apabila di perlukan




Terima kasih meluangkan masa untuk saya. Sehingga bertemu lagi dalam agenda
seterusnya,...... "Assalamualaikum warahmatullah"


Posted by Sawlihim Photostream
hp : +6 0136043241
email : sawlihim@gmail.com
sawlihim@yahoo.com



Ulasan

Catatan Popular