5 - S Shape / S Curve


Teknik komposisi yang perlu digunakan untuk meningkatkan foto anda.
Sebelum Klik !
Terdapat banyak teknik untuk belajar apabila anda berminat dalam fotografi dan salah satu kaedah utama bagi meningkatkan foto dengan adalah dengan teknik komposisi. Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.
Walaupun sesetengah orang memanggilnya sebagai 'peraturan atau undang-undang' tetapi sebenarnya dalam fotografi terdapat banyak pekara di sekitar anda yang boleh dijadikan pilihan yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar (samada memasukkan elemen komposisi atau mengabaikannya). Komposisi membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain. Sudah jelas kelihatan teknik komposisi seperti ini, berguna bagi mereka yang baru atau lama berkecimpung dalam fotografi.

- Melihat komposisi dari sudut yang berbeza
- Pendekatan untuk menghasilkan imej yang profesional
- Mengasah bakat dan menajamkan penglihatan
- Menghubungkan subjek dengan pencipta
- Penceritaan adalah sangat penting ...................
- Seni melihat dari mata – secara langsung
- Seni melihat menerusi fikiran anda – melalui perancangan
- Seni melihat melalui hati – menyelami perasaan

Untuk menggambarkan kaedah ini dalam fotografi, ia memerlukan pendekatan yang mendalam yang akan dibincangkan semasa latihan praktikal. Kaedah penerangan teknikal peralatan canggih datang daripada anda, tetapi seni dalam fotografi adalah terlalu unik dan memerlukan pendekatan yang halus.

6 - S Shape / S Curve
Canon EOS 5, Sigma 24mm,
Shutter Priority, 1/125s, F/11,
Fujicolour ISO 200,
Evaluative Metering -1 Stop.
Lokasi : Arau, Perlis





Nikon D700, 20mm,
45sec, F11, ISO 400,
Haida Gradual ND 0.9 Filter,
Lokasi : Flat PPR Jelatek , Kuala Lumpur





Menambah rasa pergerakan kepada imej tersebut jika ia tidak statik. Bentuk S adalah dari segi estetik dan ia mampu berdiri dengan sendiri dalam imej.

Terima kasih meluangkan masa untuk saya. Sehingga bertemu lagi dalam agenda
seterusnya,...... "Assalamualaikum warahmatullah"


Posted by Sawlihim Photostream
hp : +6 0136043241
email : sawlihim@gmail.com
sawlihim@yahoo.com

Ulasan

Catatan Popular